Feb 24, 2010

KARNIVAL JALINAN SISWA



KARNIVAL JALINAN SISWA
24/2 - 28/2 2010
DATARAN UPTEN(UPTEN SQUARE)


*AUTOSHOW


*TAYANGAN PERDANA



*FORUM PERDANA

TAJUK: MENGHAYATI PENGORBANAN RASULULLAH SAW
OLEH: USTAZ ANHAR BIN OPIR(UPSI)
USTAZ MAHYUDDIN BIN HASHIM(USIM)

*FUTSAL


*BENGKEL CUPCAKES


*SUKANEKA


*GERAI JUALAN
*BAJU KURUNG COTTON
*BARANG-BARANG ASKAR
*KEBAB
*PIZZA HUT
*KEMPEN DERMA DARAH
SERTA PELBAGAI LAGI JUALAN!

DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK
MEMERIAHKAN LAGI SUASANA!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Feb 18, 2010

Program Khidmat Masyarakat


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SEM II 09/10

tarikh: 20 FEB 2010
masa: 0700am - 0600pm
tempat: RAHSIA!!
peserta: PELAJAR ISLB 123, ISLB 312, ISLB 212
kehadiran: WAJIB

ATURCARA PROGRAM

0700am : berkumpul di masjid UNITEN.

NOTE: Mohon kerjasama daripada semua pihak termasuk
UNICOMMSERV untuk datang tepat pada masanya.
Kelewatan menunggu kehadiran para peserta mungkin akan
merencatkan flow of the program.
Terima kasih.

0720am : ucapan penasihat program
------------*pengagihan kumpulan
------------*taklimat ringkas

0740am : sarapan

0800am : bertolak ke lokasi

0900am : tiba di lokasi

0915am : pelajar bergerak ke kawasan bertugas
------------*Gotong-royong
------------*Kenduri Kampung
-----------*Sekampit Beras/Baiti Jainati

1230pm : makan tengahari dan solat Zohor

0200pm : Sukaneka
------------*Perlawanan Bola Sepak

0500pm : Majlis Penutup
------------*Penyampaian cenderahati
------------*Minum petang

0600pm : bertolak pulang

PEMBAHAGIAN PROGRAM

PROGRAM 1: GOTONG-ROYONG
*pembersihan kawasan perkuburan
*pembersihan surau/masjid
*kitar semula barang-barang
*pembersihan balairaya/tadika
*mengutip sampah sarap
*mengecat bangunan/rumah

PROGRAM 2: SUKANEKA

(KATEGORI KANAK-KANAK)
*bola ping pong dalam sudu
*mencari gula-gula dalam tepung
*meniup belon sampai pecah

(KATEGORI DEWASA)
*bola sepak(4 pasukan 2 game)
*mengupas kulit epal dan makan epal
*terompah gergasi
*tarik tali

PROGRAM 3: KENDURI KAMPUNG

PROGRAM 4: SEKAMPIT BERAS/BAITI JANNATI
*kerjasama MP Kajang untuk mengenalpasti penduduk
kampung yang kurang berkemampuan

PROGRAM 5: MAJLIS PENUTUP

Kami UNICOMMSERV berharap agar semua peserta dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program pada kali ini. Program ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman semata-mata, malah program ini turut dapat membuka ruang yang lebih luas untuk memperkenalkan UNITEN kepada masyarakat luar, disamping berbakti sesama insan. Diharap semua peserta dan UNICOMMSERV sendiri dapat menunjukkan sikap yang terbaik semasa menjalankan program ini. Kerjasama daripada anda amat kami hargai. Terima Kasih :)

Feb 17, 2010

perjumpaan bagi program community service


PERJUMPAAN PELAJAR ISLB 123, ISLB 312 & ISLB 212
BAGI BRIEFING PROGRAM COMMUNITY SERVICE
tempat: MASJID UNITEN
tarikh: 18 FEB 2010
masa: 0850pm
KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

Feb 6, 2010

semerah mawar seputih salju



MAKAN MALAM AMAL

"MALAM TAUTAN KASEH"

5 MAC 2010
0800pm - 1130pm
CYBERVIEW LODGE RESORT AND SPA
RM80/person
performance by AL-FARABI UNITEN, DA`E, R-IF, SYAHIRAN

SEMERAH MAWAR SEPUTIH SALJU..

TERBUKA KEPADA SEMUA! :)

contact person:
nana(019-3152517)
hafiy(017-7970464)

Feb 2, 2010

Malam Titian Sahabat


Assalamualaikum dan selamat malam...

MALAM TITIAN SAHABAT

tempat
MASJID UNITEN

tarikh
2/2/2010 Selasa

masa
800pm - 1030pm atau kurang. insyaAllah :)

peserta
ajk UNICOMMSERV
semua ahli UNICOMMSERV
sukarelawan UNICOMMSERV yang berdaftar

objektif(generally)
untuk mengeratkan hubungan sesama ahli

aktiviti
macam macam ada.
datanglah untuk meramai dan menyokong.
make new friends too :)

jangan risau. makanan disediakan :D

Jan 20, 2010

PENGUMUMAN!


BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SUKARELAWAN UNICOMMSERV? JIKA BERMINAT, JANGAN SEGAN SILU UNTUK MENDAFTAR PADA 21/01/2010, KHAMIS JAM 9.00PM, BERTEMPAT DI MASJID UNITEN ARAS BAWAH. ANDA JUGA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI TSHIRT KORPORAT UNICOMMSERV YANG BERHARGA RM30. TSHIRT KORPORAT INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN AHLI UNICOMMSERV KELIHATAN SERAGAM DAN KEMAS SEMASA MELAKUKAN PROGRAM ATAU AKTIVITI.
HARAP MAKLUM :)

KEPADA SEMUA PELAJAR ISLB212 DAN ISLB312, ANDA DIWAJIBKAN UNTUK HADIR PADA 21/01/2010, KHAMIS, JAM 9.00PM, BERTEMPAT DI MASJID UNITEN ARAS BAWAH, UNTUK TAKLIMAT RINGKAS BAGI PROGRAM COMMUNITY SERVICE YANG AKAN DIJALANKAN TIDAK LAMA LAGI. PARA PELAJAR JUGA DIMINTA UNTUK MEMBAWA RM20, YANG MERANGKUMI SEGALA PROSES UNTUK PROGRAM COMMUNITY SERVICE, SEPERTI TSHIRT, SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI, SUMBANGAN UNTUK PROGRAM RUMAHKU SYURGAKU ETC. TAKLIMAT RINGKAS AKAN DIBERIKAN PADA HARI ESOK.
HARAP MAKLUM :)

Jan 19, 2010

FINAL DESIGN BAJU UNICOMMSERV

Kepada semua ahli unicommserv . Bayaran rm30 akan dikutip pada minggu ini.sila buat bayaran kepada aina - bendahari unicommserv

Jan 18, 2010

tamat dengan jayanya. alhamdulillah :)


Assalamualaikum :)

Kami UNICOMMSERV ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli UNICOMMSERV yang terlibat dalam menjayakan pembukaan gerai menjual makanan pada petang tadi. Gerai UNICOMMSERV telah dibuka selama dua hari, iaitu pada 16/Jan, Sabtu di Dewan Sri Sarjana(DSS) bersempena ceramah yang dianjurkan bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan 17/Jan, iaitu pada hari Ahad yang bersempena dengan Perlawanan Akhir Uniten Cup 2010.


Kami di UNICOMMSERV juga sangat berbangga dengan kerjasama jitu yang telah diberikan oleh ahli-ahli kami yang tidak mengenal erti penat dan lelah, mahupun hujan lebat dan panas terik, mereka tetap bersama-sama dengan UNICOMMSERV dalam menjayakan aktiviti jualan ini. Tanpa keredhaanNya dan tanpa kamu semua, UNICOMMSERV mungkin tidak mampu untuk berdiri sendiri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat :) :) :)

Dengan berlangsungnya aktiviti pembukaan gerai makanan ini, sekaligus ia dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli. Kami di UNICOMMSERV berharap agar program-program yang bakal berlangsung selepas ini dapat menarik ramai lagi ahli-ahliUNICOMMSERV lain yang tidak berkesempatan dalam bersama-sama menjayakan aktiviti seperti tadi. InsyaAllah dengan penyertaan kamu semua dapat menjadikan program-program lebih meriah dan berjaya dengan jayanya :)

Teruskan mengikuti perkembangan kami kerana UNICOMMSERV mempunyai pelbagai agenda untuk anda semua! Wassalam :)

Jan 15, 2010

jadual bertugas BARU


PERTUKARAN:
  • EMIE --> ZULHILMI
  • KAK JAH --> SYAFIQ KADER
  • BUKHARY --> ZIRI
Ketua juga akan turut berada di gerai semasa masa bertugas.
Harap maklum. Terima kasih :)

jadual bertugas



Dan UNICOMMSERV ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli sukarelawan terbaru UNICOMMSERV:

HIFZUL KING STIFLER aka STIFLER ALIM
(harap dapat bagi nama penuh)
ID NO : EEO83857

Diharap ahli-ahli yang lain dapat memberi kerjasama terhadap beliau dan terima kasih diucapkan kepada HIFZUL KING STIFLER kerana sudi bersama-sama dengan kami. :)

Jan 14, 2010

dan ketua pengarah memilih...


KARNIVAL JALINAN SISWA
Terima kasih kepada para pengundi.
Tanpa kamu semua siapa lah saya.

TSHIRT DESIGN II


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Merujuk pada gambar di atas, jelaslah bahawa(cewaah ayat) ini adalah design terbaru untuk tshirt UNICOMMSERV Sesi 09/10. InsyaAllah tshirt ini akan diproses dalam masa terdekat ini dimana semua ajk UNICOMMSERV akan memakai tshirt ini pada hari berlangsungnya program community service(CS) UNICOMMSERV yang pertama. Sekian terima kasih :)

Jan 13, 2010

sukarelawan diperlukan!!


SUKARELAWAN DIPERLUKAN!!!

Untuk melancarkan segala aktiviti kami.

Siapa berminat boleh tinggalkan

nama,ID,no phone dan email di email kami! :)




email: sahabat.unicommserv@rocketmail.com

Jualan pertama UNICOMMSERV


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Untuk program UNICOMMSERV seterusnya, kami akan membuka gerai jualan pada 16 dan17/Jan dimana ia bertujuan untuk bersama-sama menjayakan uni10 Cup yang akan berlangsung dalam pada masa tersebut. UNICOMMSERV telah mengambil kata sepakat untuk menjual:

air mineral

buah buahan

air batu campur

cendol

keropok lekor

Diharap semua ahli dapat turun padang untuk sama-sama membantu dan menjayakan aktiviti kelab ini. UNICOMMSERV juga berharap agar aktiviti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli UNICOMMSERV dan sekaligus memberi pengalaman baru kepada ahli dalam mengendalikan proses jual beli.

So, jangan lupa untuk melawat gerai kami pada 16 dan 17/Jan ini di DSS. Jumpa di sana di sana di sana... :D

Jan 11, 2010

and the winner is..




Dan keputusan untuk undian memilih design tshirt UNICOMMSERV kini
telah berpihak kepada Design 1! :D
Tahniah kepada design 1 dan insyaAllah,
kami akan menjalankan proses menyiapkan tshirt ini secepat yang mungkin.
Segala details mengenai tshirt akan dimaklumkan melalui
blog, facebook, emel, mesej ect.
Sila alert dengan apa sahaja remainder daripada kami.
Terima kasih pada yang telah mengundi. Wassalam

Jan 9, 2010

PERHATIAN!!


Assalamualaikum..

  1. Dibawah adalah pilihan design yang telah siap untuk tshirt UNICOMMSERV Sesi 2009/2010.
  2. Sila jawab poll di sebelah untuk mendapatkan rating design tertinggi. Anda juga boleh memberi sebarang komen terhadap mana-mana design.
  3. Rating design tertinggi akan dipilih sebagai design tshirt UNICOMMSERV Sesi 2009/2010.
  4. Pilihan adalah muktamad.
  5. Rating design tertinggi boleh di edit designnye jika terdapat sebarang penambahan atau pengurangan pada design tersebut. Contoh; ubah kedudukan design, tukar warna baju ke hitam etc.
  6. PERINGATAN. Sebarang penambahan warna pada design akan menaikkan lagi kos sehelai tshirt.
  7. Current tshirt: berkolar, berlengan pendek, berwarna putih, RM30(harga boleh bincang)
  8. Kami tidak bias pada mana-mana design. Pilihan di tangan anda. Anda yang menentukan. hehe
  9. Poll akan ditutup pada 10Jan 2010, 11;59pm. Harap maklum.


Design 1


Design 2


Design 3


kami bersyukur kepadaMu :)


Assalamualaikum dan selamat pagi

Ye. Selamat pagi kepada semua warga Uniten yang telah bangun dan kepada yang masih tidur, harap-harap mereka bangun hendaknya. :) Pada pagi yang tenang dengan kicauan-kicauan burung, kami UNICOMMSERV ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bersama mengikuti santai@UNICOMMSERV pada petang semalam. Walaupun terdapat sesetengah aktiviti yang dirancang tidak menjadi dimana disebabkan oleh faktor cuaca dan keadaan, namun UNICOMMSERV amat bersyukur kerana Dia telah membuka pintu hati mereka semua untuk bersama-sama dengan UNICOMMSERV.

Siapa sangka, selepas satu rancangan ke satu rancangan yang gagal, akhirnya Dia telah menggerakkan kaki kami untuk menunaikan solat jemaah Maghrib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Sesungguhnya kita adalah insan terpilih olehNya pada waktu semalam. Mungkin, jika kami tidak merancang untuk melakukan santai@UNICOMMSERV pada hari semalam, mungkin, sukar untuk kami meluangkan masa berjemaah di masjid yang sungguh menakjubkan itu. Percayalah kawan-kawan. Dia sungguh menyayangi kita kerana telah membuka hati kita untuk ke rumahNya, instead of ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sambil menikmati suasana yang sungguh tenang dan damai di dalam masjid serta struktur bangunannya yang mengagumkan. Itulah ilham dan kecerdikan yang Dia kurniakan kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah.


Sesungguhnya, kami UNICOMMSERV berharap agar mereka semua tidak serik untuk mengikuti santai@UNICOMMSERV pada masa yang akan datang. Dan kami akui segala kekurangan serta kesilapan dalam mengendalikan aktiviti santai seperti semalam adalah sesuatu yang baru untuk kami. InsyaAllah segala yang berlaku semalam akan dijadikan pengajaran dan petunjuk kepada kami untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Dan yang paling penting, kerjasama daripada semua ahli amatlah kami harapkan kerana tanpa kamu semua, segala aktiviti yang dirancang mungkin sukar untuk dijalankan. Diharap kita akan dapat bertemu lagi selepas ini untuk program yang akan datang dengan satu jiwa yang sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sesungguhnya segala yang baik datang daripadaNya dan segala kekurangan adalah daripada kami. Akhir kata kami UNICOMMSERV memohon maaf jika terdapat salah silap dengan kamu semua. Wassalam :)

Jan 7, 2010

santai@unicommserv: Taman Botani


Untuk julung kalinye pada semester ini, Sahabat UNICOMMSERV akan menganjurkan santai@UNICOMMSERV. Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berbasikal beramai-ramai.

Tarikh: 8Jan 2010(Jumaat)

TENTATIF PROGRAM

430pm: berkumpul di masjid. Jangan lambat sebab kaunter basikal di Tmn.Botani tutup pukul 500pm...
435pm: bertolak ke Tmn.Botani
445pm-630pm: berbasikal sampai kaki lebam, sampai tayar pancit...
630pm: solat Asar di Masjid Putrajaya
715pm: solat Maghrib di Masjid Putrajaya
745pm: bertolak ke Pasar Malam Putrajaya
745pm-830pm: shopping sakan di Pasar Malam Putrajaya....
835pm-unknown: menjamu selera di Dataran Putrajaya

Kami berharap aktiviti santai@UNICOMMSERV yang pertama kali ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara ajk. insyaAllah. Walaupun aktiviti ini tidak wajib, namun kami berharap agar semua ajk dapat bersama-sama menjayakan aktiviti bersama ini. sekian... :)

peringatan kepada semua ahli UNICOMMSERV


Harap selalu selalu lah cek email ye. sebab any updated info akan diberitahu melalui facebook, blog, email, hp no etc.

unicommserv akan ade tshirt? wow!


Merujuk title di atas, dengan ini akan diumumkan kami sedang dalam proses untuk
mewujudkan tshirt khas UNICOMMSERV yang insyaAllah secara rasminya akan siap
sebelum 23Jan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan design yang terbaik
daripada pro-designer yang cool, hebat dan teror-teror. haha.
So sesiapa yang tak join UNICOMMSERV pada semester ini kelihatan
agak rugi sedikit (siket je ruginye. tak banyak. tapi agak rugi juga lah)
kerana UNICOMMSERV pada semester ini akan bangkit dengan pelbagai
agenda yang telah tersusun rapi. So nanti kan kemunculan tshirt terbaru kami
dua minggu daripada sekarang!
Drop by regularly ok :)

Jan 6, 2010

Pembukaan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada malam yang penuh tenang ini, kami secara rasminya ingin merasmikan pembukaan semula blog UNICOMMSERV untuk sesi 2009/2010. Diharap dengan wujudnya blog yang serba lengkap ini (insyaAllah) akan memberi lebih banyak info serta maklumat terbaru mengenai UNICOMMSERV. Kami di UNICOMMSERV sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina daripada mereka yang telah melawat blog kami. Kami akan berusaha untuk mengemaskini segala perkembangan terbaru UNICOMMSERV samada di Facebook mahupun di blog. Para pembaca juga boleh meng'add' ahli-ahli UNICOMMSERV yang akan kami list down kan senarai nya dalam beberapa entry yang akan datang. Luangkan masa untuk menjengah blog kami sekerap yang mungkin, kerana anda mungkin akan terlepas peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal kami anjurkan! Keep in touch :)

Sekian. Wassalam..