Jan 9, 2010

kami bersyukur kepadaMu :)


Assalamualaikum dan selamat pagi

Ye. Selamat pagi kepada semua warga Uniten yang telah bangun dan kepada yang masih tidur, harap-harap mereka bangun hendaknya. :) Pada pagi yang tenang dengan kicauan-kicauan burung, kami UNICOMMSERV ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bersama mengikuti santai@UNICOMMSERV pada petang semalam. Walaupun terdapat sesetengah aktiviti yang dirancang tidak menjadi dimana disebabkan oleh faktor cuaca dan keadaan, namun UNICOMMSERV amat bersyukur kerana Dia telah membuka pintu hati mereka semua untuk bersama-sama dengan UNICOMMSERV.

Siapa sangka, selepas satu rancangan ke satu rancangan yang gagal, akhirnya Dia telah menggerakkan kaki kami untuk menunaikan solat jemaah Maghrib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Sesungguhnya kita adalah insan terpilih olehNya pada waktu semalam. Mungkin, jika kami tidak merancang untuk melakukan santai@UNICOMMSERV pada hari semalam, mungkin, sukar untuk kami meluangkan masa berjemaah di masjid yang sungguh menakjubkan itu. Percayalah kawan-kawan. Dia sungguh menyayangi kita kerana telah membuka hati kita untuk ke rumahNya, instead of ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sambil menikmati suasana yang sungguh tenang dan damai di dalam masjid serta struktur bangunannya yang mengagumkan. Itulah ilham dan kecerdikan yang Dia kurniakan kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah.


Sesungguhnya, kami UNICOMMSERV berharap agar mereka semua tidak serik untuk mengikuti santai@UNICOMMSERV pada masa yang akan datang. Dan kami akui segala kekurangan serta kesilapan dalam mengendalikan aktiviti santai seperti semalam adalah sesuatu yang baru untuk kami. InsyaAllah segala yang berlaku semalam akan dijadikan pengajaran dan petunjuk kepada kami untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang. Dan yang paling penting, kerjasama daripada semua ahli amatlah kami harapkan kerana tanpa kamu semua, segala aktiviti yang dirancang mungkin sukar untuk dijalankan. Diharap kita akan dapat bertemu lagi selepas ini untuk program yang akan datang dengan satu jiwa yang sama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sesungguhnya segala yang baik datang daripadaNya dan segala kekurangan adalah daripada kami. Akhir kata kami UNICOMMSERV memohon maaf jika terdapat salah silap dengan kamu semua. Wassalam :)

1 comment:

Anonymous said...

sayu je kt komen...xpela aku tlg isikan..pic anugerah terbaik~~hehe..
rasa nyaman je kat dlm tu...

ko tgk ape tu daus??