Jan 18, 2010

tamat dengan jayanya. alhamdulillah :)


Assalamualaikum :)

Kami UNICOMMSERV ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli UNICOMMSERV yang terlibat dalam menjayakan pembukaan gerai menjual makanan pada petang tadi. Gerai UNICOMMSERV telah dibuka selama dua hari, iaitu pada 16/Jan, Sabtu di Dewan Sri Sarjana(DSS) bersempena ceramah yang dianjurkan bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan 17/Jan, iaitu pada hari Ahad yang bersempena dengan Perlawanan Akhir Uniten Cup 2010.


Kami di UNICOMMSERV juga sangat berbangga dengan kerjasama jitu yang telah diberikan oleh ahli-ahli kami yang tidak mengenal erti penat dan lelah, mahupun hujan lebat dan panas terik, mereka tetap bersama-sama dengan UNICOMMSERV dalam menjayakan aktiviti jualan ini. Tanpa keredhaanNya dan tanpa kamu semua, UNICOMMSERV mungkin tidak mampu untuk berdiri sendiri. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat :) :) :)

Dengan berlangsungnya aktiviti pembukaan gerai makanan ini, sekaligus ia dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli. Kami di UNICOMMSERV berharap agar program-program yang bakal berlangsung selepas ini dapat menarik ramai lagi ahli-ahliUNICOMMSERV lain yang tidak berkesempatan dalam bersama-sama menjayakan aktiviti seperti tadi. InsyaAllah dengan penyertaan kamu semua dapat menjadikan program-program lebih meriah dan berjaya dengan jayanya :)

Teruskan mengikuti perkembangan kami kerana UNICOMMSERV mempunyai pelbagai agenda untuk anda semua! Wassalam :)

No comments: